Jasa dan Sumbangan جاس دان سومبڠن Muhyiddin_Yassin

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi[51] walaupun mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan menandingi Singapura.

Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.

Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Rencana–rencana utama: Rakan Muda dan Sukan Komanwel 1998

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[52] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan.

Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.

Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998[53] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[54] yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,[55] di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.[56] Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.

Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[57] dengan konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.

Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar. Kos sebanyak RM141 juta[58] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2007 yang lalu.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).

Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia

Belinda Lopez, wakil dari Canonical & Ubuntu menerangkan berkenaan Ubuntu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, (tengah) Menteri Pelajaran Malaysia semasa Hari Terbuka OSS Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010 laluBeliau menunjukkan Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Rusia yang dihasilkan oleh Dr Victor Pogadaev

Pemansuhan PPSMI

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Pemansuhan PPSMI.

Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Sekolah Dalam Hospital

Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.

- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Putrajaya, 1 November 2011

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia

Menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Lakhdir di Putrajaya

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.

Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.[59]

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[60] sambil bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...